Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal  ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya  serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga  dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis  Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak  kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang  seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,  selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah  sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama  dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.  Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14  bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka  bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.  Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan  hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu  37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya  lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu,  apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu  sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn  menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg  berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti  biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas  sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka  hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas  sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu  Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu  Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg  panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang  pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita  lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti  (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam  kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg  dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi  menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,  bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan  makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu.  Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti  kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih  pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer  dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah!  Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi  menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist”  (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat  Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Sumber : http://misteridunia.wordpress.com
 
إرسال تعليق
anda sudah membaca artikel atau postingan kami...
jangan lupa,silahkan tinggalkan komentar dengan bahasa yang santun dan baik...